TUJUAN
Menggalakkan
generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan
pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan
teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktivi
sektor pertanian negara.
OBJEKTIF
PROGRAM
Menyediakan
tenaga kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan
iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
Menyedia
dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
Melaksanakan
transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan
kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera
utama ekonomi negara.
PELAKSANAAN
Program
yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
(SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan
latihan berasaskan kompetensi kemahiran (competency based skill training) dan
memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Persijilan PLKPL
adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia. Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan
kemahiran, pemantapan jatidiri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.
PERSIJILAN
Sijil Kemahiran Tahap 1 (SKM T1)
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM
T2)
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM
T3)
Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4
(SKM T4)
BIDANG
LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Ternakan (Ruminan)
Tanaman
Akuakultur
Teknologi Perikanan Tangkapan
Pengedaran Makanan (Pemasaran)
Pemprosesan Makanan
TEMPOH
LATIHAN PESERTA SETIAP TAHAP ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TAHAP 1 & 2 = 6 bulan (600 jam)
TAHAP 3 = 12 bulan (1,200 jam)
TAHAP 4 = 12 bulan (1,200 jam) ditambah dengan 3
bulan Latihan Industri (LI)